Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, tumpuan harus diberikan terhadap perkembangan kanak-kanak khususnya pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami sesuatu konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu bahan bantu mengajar yang relevan dengan kemahiran yang ingin diperkenalkan dapat membantu murid memahami konsep matematik.
Tayangan video yang memaparkan cara bagaimana membantu kanak-kanak memahami konsep isipadu cecair adalah amat sesuai digunakan. Dengan cara sebegini kanak-kanak dapat melihat dengan lebih jelas lagi. Piaget berpendapat, bahan asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Secara langsung pembelajaran sesuatu konsep menjadi mudah dan memberi makna kepada kanak-kanak
No comments:
Post a Comment