Kemahiran : Mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai dan unit piawai
P. Sedia Ada : Murid sudah mampu membuat ramalan awal isipadu dengan menggunakan perkataan
'penuh', 'separuh' dan 'kosong'
Bahan : Bikar, silinder, besen berisi air, 6 biji cawan plastik, corong, botol mineral, mangkuk dan
lembaran kerja
Aktiviti
1. Murid akan diperkenalkan dengan alat-alat penyukat untuk menyukat isipadu cecair
2. Guru membimbing murid dan memberi penjelasan terperinci mengenai cara mengukur dan membaca
isipadu dengan menggunakan teknik yang betul dengan menggunakan beberapa contoh. Guru
unit piawai yang digunakan ialah liter (l )
3. Seterusnya murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan seramai 5 orang ahlinya.
4. Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua dan pencatat.
5. Guru mengedarkan baldi berisi air, 6 biji cawan plastik, corong. botol mineral, bikar dan mangkuk
kepada setiap kumpulan.
6. Setiap kumpulan akan merekodkan bilangan cawan yang diperlukan untuk mengisi air dalam setiap
bekas seperti yang dinyatakan dalam borang yang diedarkan.
7. Kemudian, guru mengedarkan 1 alat penyukat kepada setiap kumpulan samada silinder atau bikar.
8. Dengan menggunakan alat penyukat yang dibekalkan, setiap kumpulan dikehendaki menyukat isipadu air
yang terdapat di dalam semua bekas itu tadi.
9. Hasil dapatan hendaklah ditulis di dalam borang yang disediakan
BEKAS Bil Cawan Yang Isipadu ( l )
Diperlukan
__________________ _____________
__________________ _____________
10. Sesi perbentangan jawapan oleh setiap ketua kumpulan
11. Guru merumuskan isi pelajaran yang dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment