BAHAN BANTU MENGAJAR (murid lemah)
1. BEKAS BERISI AIR
- Guru akan menyediakan bekas yang berisi air pelbagai warna bagi setiap kumpulan. Air merupakan bahan bahan yang paling sesuai dan relevan digunakan bagi membantu murid memahami dengan lebih jelas lagi bagaimana pengumpulan isipadu cecair. Guru boleh meminta beberapa orang murid membawa baldi ini dari rumah dan ia tidak memerlukan sebarang kos.
2. KAD GAMBAR
- Penggunaan kad gambar dapat membantu murid melihat dan menyatakan dengan lebih jelas ramalan awal isipadu air. Dengan menggunakan perkataan penuh, separuh dan kosong. Secara tidak langsung murid dapat mengingat kembali kemahiran wal yang telah dipelajari sebelum ini.
3. CAWAN PLASTIK
- Bekas yang digunakan sebagai penyukat ini diperbuat dari bekas minuman mineral. Ia mudah di dapati di merata-rata tempat. Ia juga tidak asing kepada murid kerana minuman ini merupakan kesukaan mereka. Bentuknya yang menjadi lutsinar apabila pembalutnya dibuang. Ia memberi kesan untuk murid dapat melihat terus ke dalam bekas.
4. CORONG
- Corong akan digunakan apabila murid melakukan aktiviti menyukat. Ini dapat memastikan air yang dituang tidak melimpah keluar. Corong ini boleh di dapati dan dipinjam dari makmal sains sekolah.
5. BEKAS SUKATAN
- Bekas yang digunakan dari bekas plastik pelbagai saiz dan kuantiti. Ia bertujuan untuk membezakan isipadu dalam sesuatu bekas. Ia mudah didapati dan merupakan bahan buangan yang tidak digunakan.
No comments:
Post a Comment