Sunday, November 28, 2010

PENGHARGAAN

         Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana dengan izinnya dapat juga saya menyiapkan tugasan Matematik HBMT 2103 kali ini.. Ucapan terima kasih saya dedikasikan kepada tutor Pn. Zaitun kerana telah memberi tunjuk ajar dan penerangan yang jelas tentang tugasan ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dengan perbincangan di kelas tutorial.
 
         Tugasan ini banyak memberi faedah kepada saya untuk lebih memahami teknik dan kaedah yang yang relevan digunakan khususnya apabila mengajar kanak-kanak awal persekolahan. Saya mendapati amat sukar untuk mengajar konsep matematik kepada kanak-kanak tahap 1. Ini adalah kerana saya lebih banyak terlibat dengan P&P tahp dua. Namun selepas melaksanakan tugasan ini ia dapat membantu saya menjana idea bagaimana untuk mengajar murid-murid tahap 1 khususnya murid tahun 2.
       
        Tidak dilupakan pengorbanan suami dan anak-anak yang tidak jemu-jemu memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Semoga apa yang dilakukan selama ini mendapat keberkatan dan kerahmatan dariNYA.

 
Sekian terima kasih.
SALINA BT. ABDUL LATIB
    770819-14-5680

 

No comments:

Post a Comment