Sunday, November 28, 2010

PENGHARGAAN

         Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana dengan izinnya dapat juga saya menyiapkan tugasan Matematik HBMT 2103 kali ini.. Ucapan terima kasih saya dedikasikan kepada tutor Pn. Zaitun kerana telah memberi tunjuk ajar dan penerangan yang jelas tentang tugasan ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dengan perbincangan di kelas tutorial.
 
         Tugasan ini banyak memberi faedah kepada saya untuk lebih memahami teknik dan kaedah yang yang relevan digunakan khususnya apabila mengajar kanak-kanak awal persekolahan. Saya mendapati amat sukar untuk mengajar konsep matematik kepada kanak-kanak tahap 1. Ini adalah kerana saya lebih banyak terlibat dengan P&P tahp dua. Namun selepas melaksanakan tugasan ini ia dapat membantu saya menjana idea bagaimana untuk mengajar murid-murid tahap 1 khususnya murid tahun 2.
       
        Tidak dilupakan pengorbanan suami dan anak-anak yang tidak jemu-jemu memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Semoga apa yang dilakukan selama ini mendapat keberkatan dan kerahmatan dariNYA.

 
Sekian terima kasih.
SALINA BT. ABDUL LATIB
    770819-14-5680

 

Video Isi Padu Cecair

BAHAN BANTU MENGAJAR (murid lemah)

1. BEKAS BERISI AIR


  • Guru akan menyediakan bekas yang berisi air pelbagai warna bagi setiap kumpulan. Air merupakan bahan bahan yang paling sesuai dan relevan digunakan bagi membantu murid memahami dengan lebih jelas lagi bagaimana pengumpulan isipadu cecair. Guru boleh meminta beberapa orang murid membawa baldi ini dari rumah dan ia tidak memerlukan sebarang kos. 
2. KAD GAMBAR

  • Penggunaan kad gambar dapat membantu murid melihat dan menyatakan dengan lebih jelas ramalan awal isipadu air. Dengan menggunakan perkataan penuh, separuh dan kosong. Secara tidak langsung murid dapat mengingat kembali kemahiran wal yang telah dipelajari sebelum ini.
3. CAWAN PLASTIK



  • Bekas yang digunakan sebagai penyukat ini diperbuat dari bekas minuman mineral. Ia mudah di dapati di merata-rata tempat. Ia juga tidak asing kepada murid kerana minuman ini merupakan kesukaan mereka. Bentuknya yang menjadi lutsinar apabila pembalutnya dibuang. Ia memberi kesan untuk murid dapat melihat terus ke dalam bekas.

    4. CORONG 

  • Corong akan digunakan apabila murid melakukan aktiviti menyukat. Ini dapat memastikan air yang dituang tidak melimpah keluar. Corong ini boleh di dapati dan dipinjam dari makmal sains sekolah.
5. BEKAS SUKATAN

  • Bekas yang digunakan dari bekas plastik pelbagai saiz dan kuantiti. Ia bertujuan untuk membezakan isipadu dalam sesuatu bekas. Ia mudah didapati dan merupakan bahan buangan yang tidak digunakan.

BAHAN BANTU MENGAJAR ( murid pintar )

1. Alat Penyukat
  • Alat penyukat ini amat sesuai digunakan kerana ia mempunyai sukatan yang amat jelas. Murid akan lebih mudah memahami teknik menyukat dan membaca isipadu berdasarkan ukuran yang dinyatakan. Ia mudah diperolehi dan kebiasaanya terdapat di makmal sains sekolah.
2. Kad Gambar

  •  Bagi menguji tahap kefahaman murid menyukat dan membaca isipadu cecair guru akan memaparkan kad gambar. Murid seterusnya akan menyatakan isipadu dengan lebih mudah dan tepat.
3. Bekas Berisi Air
  • Guru akan menyediakan bekas yang berisi air pelbagai warna bagi setiap kumpulan. Air merupakan bahan yang paling sesuai dan relevan digunakan bagi membantu murid memahami dengan lebih jelas lagi bagaimana pengukuran isipadu cecair. Guru boleh meminta beberapa orang murid membawa baldi ini dari rumah dan ia tidak memerlukan sebarang kos
4. CAWAN PLASTIK


  • Gelas yang digunakan sebagai penyukat ini diperbuat dari bekas minuman mineral. Ia mudah didapati di merata-rata tempat. Ia juga tidak asing kepada pelajar kerana minuman ini merupakan kesukaan pelajar. Bentuknya yang menjadi lebih lutsinar apabila pembalutnya dibuang. Ia memberi kesan untuk pelajar dapat melihat terus ke dalam bekas. Kos tidak diperlukan untuk alatan ini.
5. CORONG


  • Corong akan digunakan apabila murid melakukan aktiviti menyukat. Ini dapat memastikan air yang dituang tidak melimpah keluar. Corong ini boleh didapati dan dipinjam dari makmal sains sekolah.
6. BEKAS SUKATAN

  
  • Bekas yang digunakan daripada bekas plastik pelbagai saiz dan kuantiti. Ia bertujuan untuk membezakan isi padu dalam sesuatu bekas. Bekas plastik yang digunakan ini mudah didapati dan ia merupakan bahan buangan yang tidak digunakan.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (murid lemah)

Kemahiran  : Mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai
Hasil Pembelajaran   : Di akhir P&P, murid dapat;
                                  Mengukur dan membanding isipadu cecair dengan perbandingan secara
                                  langsung dengan menggunakan unit bukan piawai dengan tepat.
Bahan                       : Kad gambar, baldi berisi air, 2 cawan plastik, corong, botol mineral
                                   mangkuk dan lembaran kerja.
AKTIVITI
1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mengandungi 4 orang ahli.
2. Guru memaparkan gambar. Murid di dalam setiap kumpulan dikehendaki membuat ramalan
    awal isipadu cecair dengan menggunakan perkataan 'penuh', 'separuh' dan 'kosong'
 3. Guru membuat kesimpulan mengenai konsep "penuh", "separuh" dan "kosong" secara ringkas.
4.  Guru mengedarkan baldi berisi air, 5 biji cawan plastik, corong, botol mineral dan mangkuk
     kepada setiap kumpulan.
5.  Untuk aktiviti seterusnya lantik seorang pencatat untuk merekodkan bacaan ukuran.

     BEKAS                                                     BIL CAWAN YANG DIPERLUKAN
                         

7.  Sesi perbentangan jawapan. Setiap ketua kumpulan dikehendaki membentangkan hasil 
     jawapan.
8.  Guru akan membuat rumusan keseluruhan

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (murid pintar)

Kemahiran               : Mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit bukan piawai dan unit piawai

P. Sedia Ada           : Murid sudah mampu membuat ramalan awal isipadu dengan menggunakan perkataan
                                 'penuh', 'separuh' dan 'kosong'

Bahan                     : Bikar, silinder, besen berisi air, 6 biji cawan plastik, corong, botol mineral, mangkuk dan
                                 lembaran kerja

Aktiviti

1.  Murid akan diperkenalkan dengan alat-alat penyukat untuk menyukat isipadu cecair
                       

2.  Guru membimbing murid dan memberi penjelasan terperinci mengenai cara mengukur dan membaca
      isipadu dengan menggunakan teknik yang betul dengan menggunakan beberapa contoh. Guru
      unit piawai yang digunakan ialah liter (l )

 3.  Seterusnya murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan seramai 5 orang ahlinya.
 4.  Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua dan pencatat.
 5.  Guru mengedarkan baldi berisi air, 6 biji cawan plastik, corong. botol mineral, bikar dan mangkuk
      kepada setiap kumpulan.
 6.  Setiap kumpulan akan merekodkan bilangan cawan yang diperlukan untuk mengisi air dalam setiap
       bekas seperti yang dinyatakan dalam borang yang diedarkan.
 7.  Kemudian, guru mengedarkan 1 alat penyukat kepada setiap kumpulan samada silinder atau bikar.
 8.  Dengan menggunakan alat penyukat yang dibekalkan, setiap kumpulan dikehendaki menyukat isipadu air
      yang terdapat di dalam semua bekas itu tadi.
 9.  Hasil dapatan hendaklah ditulis di dalam borang yang disediakan

                BEKAS                                              Bil Cawan Yang                               Isipadu ( l )
                                                                               Diperlukan 











                       __________________                        _____________






                        __________________                        _____________


10.  Sesi perbentangan jawapan oleh setiap ketua kumpulan
11.  Guru merumuskan isi pelajaran yang dilaksanakan.


KESIMPULAN

Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, tumpuan harus diberikan terhadap perkembangan kanak-kanak khususnya pada peringkat operasi konkrit.  Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami sesuatu konsep matematik melalui pengalaman konkrit.  Oleh itu bahan bantu mengajar yang relevan dengan kemahiran yang ingin diperkenalkan dapat membantu murid memahami konsep matematik.

Tayangan video yang memaparkan cara bagaimana membantu kanak-kanak memahami konsep isipadu cecair adalah amat sesuai digunakan.  Dengan cara sebegini kanak-kanak dapat melihat dengan lebih jelas lagi.  Piaget berpendapat, bahan asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri.  Secara langsung pembelajaran sesuatu konsep menjadi mudah dan memberi makna kepada kanak-kanak
 

Friday, October 22, 2010

Salam Pertemuan

Semoga dengan kehadiran ruangan ini dapat bertukar-tukar idea mengenai P&P.